Followers

Wednesday, December 12, 2012

Tentang Blog "Malaysian Superwomen" ("Superwomen Malaysia")


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat pembaca..Semoga sihat sentiasa.

Saya ingin berkongsi beberapa perkara dengan pembaca budiman..

Hmmm.. Pernahkah anda terfikir tentang persoalan-persoalan ini?

1)      Bagaimana para wanita yang telah bejaya diluar sana berjaya di dalam aspek rumahtangga, anak-anak dan kerjaya?.

2)      Bagaimana mendidik para khalifah muda (atau anak-anak) dalam kekangan waktu yang ada?

Suatu ketika dahulu, saya terfikir bagaimana saya boleh dapatkan maklumat tentang pengurusan waktu dan masa bagi seorang wanita terutama sebagai wanita yang bekerja. Apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan.


Saya seperti para wanita yang lain berhadapan dengan rutin dan perkara yang sama, iaitu ingin lakukan yang terbaik dalam:

  • 1)      Memenuhi tanggungjawab sebagai isteri
  • 2)      Memenuhi tanggungjawab sebagai ibu
  • 3)      Memenuhi tanggungjawab sebagai pekerja
  • 4)      Memenuhi impian diri sendiri

Namun, dalam memenuhi kesemua perkara diatas memerlukan suatu perkara yang pasti tidak dapat dielakkan. Iaitu sebuah komitmen. Bahkan Komitmen yang memerlukan “MASA”. 

Setelah membuat beberapa research melalui pembacaan dan interview. Saya telah menemui jawapan terhadap segala persoalan tersebut. Oleh yang demikian, saya merasakan diri ini terpanggil untuk berkongsi “rahsia” mereka yang telah berjaya menyeimbangkan antara rumahtangga dan kerjaya.

Justeru, blog ini juga sebagai satu inisiatif untuk mengumpul para Superwomen Malaysia tidak kira apa jua latarbelakang pendidikan dan keluarga samada:

  • 1)      Bekerja sendiri
  • 2)      Bekerja dalam sektor swasta
  • 3)      Bekerja dalam sektor awam
  • 4)      Wanita sebagai surirumahtangga
  • 5)      Wanita yang masih belajar samada yang sudah berkahwin atau belum

Saya juga amat mengalu-alukan bagi mereka yang ingin berkongsi apa jua perkara untuk kebaikan kita bersama. Perkongsian anda boleh diemelkan ke: dinaluzriq@gmail.com atau boleh ke Facebook rasmi Superwomen Malaysia. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment