Followers

Thursday, December 20, 2012

12 Tip Tangani Stress







Tidak dapat dinafikan dengan kehidupan sekarang yang semakin mencabar, kita tidak dapat lari daripada menghadapi stress. Baik di tempat kerja ataupun dirumah. Disini ingin saya kongsikan 12 tip dalam menghadapi stress dalam kedua-dua situasi:

1)     Mulakan hari dengan Solat

Jika hari dimulakan dengan Solat yang sempurna diiringi doa selepasnya, insyaAllah urusan kita pada hari itu akan dipermudahkan Allah. Pastikan urusan solat kita menjadi keutamaan dari yang lainnya. Setiap urusan jika solat didahulukan, pasti kita akan merasakan bahawa waktu yang Allah berikan selepas itu cukup untuk kita, namun, jika urusan solat dilalaikan, pasti kita akan merasa kusut dan terasa masa sangat cepat berlalu. Jadi, dahulukan urusan kita dengan Allah, nescaya Allah akan mudahkan urusan kita dengan manusia. Masa yang diperlukan hanya 15 hingga 20 minit sahaja namun, impaknya boleh menghilangkan tekanan bahkan ia sangat baik untuk kesihatan.
Teknik ini juga boleh digunakan: Tarik nafas, rehatkan diri dan membuat aktiviti regangan dari kepala sehingga ke kaki.

2)     Kawal mood dengan diet 

Hati adalah pusat bagi segala emosi. Samada yang bersifat dalaman ataupun luaran. Justeru untuk menjaga aspek kesihatan hati agar hidup sihat dan gembira.
-          pastikan setiap hari, ada sayuran hijau yang dimakan, serta apa-apa sahaja yang mengandungi Klorofil yang tinggi. Ini bagi memastikan hati yang sihat.
-          Memakan herba-herba juga baik untuk kesihatan dalaman.


3)     Hilangkan stress dengan berfikir secara positif

Daripada membiarkan akal dan fikiran kita kusut dan penuh dengan kerisauan, apakata tukarkan channel fikiran kita dengan mengatakan secara jelas pada diri, “InsyaAllah saya yakin, saya boleh buat dan selesaikan urusan ini”. “Saya enjoy lakukan tanggungjawab dan amanah ini”. Secara psikologinya, ia ternyata, dengan mengulangi ayat-ayat positif pada diri sebenarnya akan menyekat kartisol, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal yang akan mengurangkan tekanan. Ia kana membutakan diri kita lebih tenang, tenteram dan rasional.

4)     Hilangkan  stress dari kepala dengan menulis

Menulis atau membuat catatan perasaan apa yang terbuku dikepala setiap hari akan membantu mengurangkan perkara yang berat di kepala. Ia akan lebih jelas menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku kepada diri. Letakkan diri sebagai seorang pemerhati bagi segala perkara-perkara tersebut. Kemudian kenal pasti punca kemarahan atau stress yang dihadapi agar tindakan susulan yang terbaik boleh diambil. Melihat kepada apa yang sering difikirkan itu sebenarnya telah memberikan ruang dan peluang untuk kita memahami jiwa dan perasaan sendiri tentang sesuatu isu yang timbul tetapi ingat, jangan disebarkan apa yang terbuntu dikepala kepada orang lain!!. Ia adalah privasi diri.

5)     Bukakan tekanan dengan senaman

Tekanan yang berterusan samada di dalam urusan kerja atau keluarga boleh menyebabkan hormone stress cortisol yang turut memberi kesan kepada otot dan sendi. Genggaman rahang yang menyebabkan sehingga ke tekak, sakit belakang dan leher adalah tkita-tkita stress. Apakata, hilangkannya dengan melakukan sedikit regangan, mengambil angina sekejap diluar dengan melihat pokok-pokok hijau, membuat urutan untuk meregangkan otot-otot dan sendi-sendi tersebut.

6)     Belajar Menekan butang “reset”

Kepala yang serabut adalah punca kepada stress dan masalah kesihatan. Ia akan menyebabkan kita kelihatan murung, bahkan akan turut mengurangkan fungsi imun didalam badan berfungsi. Bahkan ia juga boleh mempercepatkan untuk mendapat tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Cuba tekankan butang “reset”. Cuba dapatkan cuti, dan rehatkan diri sepenuhnya untuk sehari tanpa memikirkan apa-apa, samada menonton tv, kemaskini emel atau surat dan sebagainya. Ambil udara segar di awal pagi, rehatkan minda. InsyaAllah, sehari selepas rehat, kita akan lebih segar dan bertenaga untuk melakukannya.
7)     Terapi “stress” dengan ketawa.
Kajian telah menunjukkan bahawa ketawa dan keriangan akan menggerakkan fungsi imun dalam badan, terutamanya dalam penghasilan sel pembunuh yang menjadi penyebab kepada kesakitan dan kanser. Ketawa juga mengurankan endorphins yang akan memberikan kita ketenangan di dalam kepala. Orang yang hidupnya gembira biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan awet muda. Carilah sumber-sumber yang boleh membantu kita ketawa.
8)     Makanan tambahan atau terapi
Rujuklah pakar atau doctor jika kita sangat memerlukan makanan tambahan untuk mengembalikan semangat dan menghilangkan tekanan.

9)     Sentuhan dan Pelukan Kasih sayang
Sentuhan manusia boleh meningkatkan pengeluaran endorphin, hormone pertumbuhan dan DHEA yang boleh memanjangkan jangka hayat manusia dan mengurangkan kesan negative tekanan. Kajian mendapati bahawa pesakit yang disentuh akan pulih lebih cepat daripada mereka yang tidak disentuh. Jadi, dengan memberikan seseorang pelukan atau sentuhan, kita berdua akan merasai mood positif yang lebih baik. Namun, jangan sesekali memeluk mereka yang bukan mahram pula. Pastikan ia adalah suami, atau sahabat-sahabat. Namun, biarlah betul caranya, jangan pula dikatakan buang tabiat pula.

10)   Bau wangian sebagai “aroma terapi”
Kajian menunjukkan bahawa bau mempunyai kesan tertentu kepada badan dan minda manusia.  Apabila kita merangsang saraf bau di dalam hidung kita, kita sebenarnya telah mengaktifkan sistem limbic otak, yang dikaitkan dengan mood dan ingatan. Konsep ini memainkan peranan untuk aromaterapi, tradisi kesihatan semulajadi yang menggunakan kuasa penyembuhan tumbuh-tumbuhan dengan aroma yang kuat.
Aromaterapi membantu untuk merawat kemurungan dengan bau-bauan seperti bunga melur, kayu putih untuk keseronokan, dan limau gedang untuk meningkatkan kewaspadaan dan kegembiraan. Hanya meletakkan sedikit sapuan minyak dari bauan tumbuhan ini pada tangan, belakang leher, atau tempat-tempat tekanan. Pilihan lain? Rebus herba dalam air dan menyedut wap melalui hidung kita seperti yang dijual dipasaran.

11)  Melihat bunga-bungaan

Bunga biasanya akan dikaitkan dengan wanita. Ia menjadi terapi tradisional yang berkesan. Bunga yang berwarna-warni mempunyai pengaruh yang kuat ke atas mood dan emosi seseorang. Jika diletakkan di wad-wad pesakit, ia membantu untuk menaikkan mood pesakit dan juga melawan tekanan. Satu kajian pernah dilakukan pada individu yang menaip tugasan dalam tempoh lima minit mendapati, orang-orang yang duduk di sebelah sejambak bunga kelihatan lebih santai dan tenang daripada orang-orang yang duduk berhampiran tumbuh-tumbuhan daun-daunan sahaja. Jadi, pastikan kita turut ditemani bunga-bungaan disekeliling.

12) Terapi stress dengan solat dan membaca al-Quran

Diantara kesemua cara dan tip, tip yang paling sempurna dan tepat adalah dengan bersolat serta membaca al-Quran. Yakinlah disana ada ubat sembuhan dan penenang jauh di sudut hati. Mengambil wudu’ dan bersolat dua rakaat serta berdoa insyAllah akan ada penyelesaiannya. Sebagaimana Allah sendiri mengakui, “Berdoalah kepadaku, nescaya akanku perkenankan”. Kemudian, lengkapkan dengan membaca al-Quran, pada masa yang sama, fahami maksud dengan mendalami maksud ayat tersebut dari tafsirannya.

No comments:

Post a Comment