Followers

Wednesday, January 16, 2013

Tip Tepat Waktu sekalipun Kesuntukan Masa

Pernahkah anda hadapi situasi ini setiap pagi?

Kelam kabut mengejutkan anak, memandikan mereka untuk ke sekolah (bagi yang mempunyai anak kecil). Mungkin teringat pula pada sarapan yang belum disediakan. Teringat pula pakaian yang dibasuh belum dijemur.  Alamak, baju pula belum diseterika!. Kerja yang perlu disegerakan di tempat kerja, perlu bergegas segera!. Anak pula meragam tanpa sebab? 

Kata seorang rakan FB, "Memang ibu-ibu adalah orang pertama yang bangun awal di dalam rumah dan orang terakhir yang akan tidur..Dengan dorongan dari suami dann anak2, insyaAllah ibu2 akan lebeh cekal."

Ya, dorongan serta sokongan moral dan bantuan fizikal dari pihak suami sangat membantu si isteri yang merangkap juga sebagai ibu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pembantu rumah.



Wanita berhadapan dengan keadaan yang kelam kabut dan pelbagai perkara yang ingin dilakukan. Setiap hari.

Pada masa ini mungkin akan timbul di hati, "Kalaulah Aku Sotong Kurita"!.. Ha..Ha..

Ya, Biasanya ibubapa pasti akan berhadapan dengan "peperangan" masa di waktu pagi untuk membangunkan dan menyiapkan anak (bagi yang masih kecil), persiapan untuk sarapan, kadangkala membasuh dan menjemur pakaian. 

Saya juga tidak terkecuali. Biasanya saya akan katakan pada anak, "Cepat, nanti kita lambat". Dan memang biasanya akan lambat. 

Tetapi pernah berlaku, dengan situasi yang sama, tetapi penggunaan ayat yang berbeza, "Cepat , kita kena sampai pukul 8.00 pagi". 

Subhanallah! Memang menakjubkan, rutin yang sama berlaku setiap hari namun tidak pula lewat. Saya lihat pada jam. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi!. Alhamdulillah.

Saya yakin dengan KUASA AYAT POSITIF!

Tip bagi ibubapa yang turut berhadapan dengan "Peperangan Masa":

1. Yakin dan Husnuzhon dengan Allah.

2. Yakin dengan Ayat +ve yang kita gunakan. 

3. Paling penting juga, pada masa yang sama, bergerak dan bertindak. Janganlah pula tidak berbuat apa-apa..Hehe


 Cubalah! :) insyaAllah pasti ada kelainannya!

No comments:

Post a Comment