Followers

Monday, December 23, 2013

10 Tip Mempersiapkan Anak Memasuki Sekolah Baharu



Insya Allah dalam lebih kurang seminggu sahaja lagi sesi persekolahan yang baharu akan bermula. Terdapat dikalangan superwoman a.k.a supermom  yang sudah lama merasai pengalaman mempunyai anak-anak yang bersekolah. Namun ada juga dikalangan mereka yang bakal mengalami perasaan yang sama. 

Ada yang anak akan memasuki taska/tadika (prasekolah), dan ada juga yang bakal memasuki tahun satu. Segala macam perasaan bercampur dirasa. Gementar, berdebar-debar, teruja, bersemangat, risau, takut dan sebagainya. Ibarat terlebih sudu dari kuah.!
 
Namun, disini ingin saya kongsikan beberapa tip istimewa hasil dari perkongsian superwoman @ supermom diluar sana buat mereka yang baharu mengalami perasaan indah ini:

  1. Ziarah Sekolah
Menziarahi sekolah dengan menunjukkan atau menerangkan suasana baharu yang bakal dilaluinya insyaAllah. Ia sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit gambaran apa yang bakal berlaku kelak.

  1. Jelaskan rutin yang baharu
Jelaskan rutin harian baharu yang bakal dilaluinya. Dari awal pagi dari rumah sehingga sesi persekolahan tamat dan seterusnya apa yang akan dilakukan pula dirumah.  Pastinya rutin baharu yang bakal dilaluinya itu adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan!.

  1. Berkongsi perasaan dengan anak
Ibubapa boleh berkongsi perasaan gembira dan seronok dengan anak. Berkongsi cerita pengalaman ibu (pastinya yang mengembirakan :) ) ketika awal memasuki sekolah dahulu.

  1. Persiapkan peralatan persekolahan
Anak-anak pasti teruja untuk memiliki peralatan persekolahan sendiri dari A sehingga Z. Biarkan mereka memilih apa yang mereka sukai (dan yang bersesuaian). Ajar anak menyiapkan peralatan persekolahan mereka dengan bantuan daripada ibubapa. 

  1. Bekalkan snack berkhasiat
Selain duit poket, sekiranya berkesempatan, bekalkan anak snack atau makanan yang berkhasiat (jika sekolah tidak sediakan). Nasihati dan ajarkan mereka untuk membuat pilihan makanan yang berkhasiat. (sudah pasti kita tidak tahu apa yang menjadi pilihan mereka !). Boleh juga diselitkan nota kecil yang ditampal diatas bekal menyatakan doa atau harapan dan perasaan anda kepada mereka.

  1. Ajar anak menghormati guru
Melatih mereka untuk menghormati guru. Mendengar arahan guru. Memberi salam, berterima kasih, meminta maaf, menolong guru dan sebagainya.

  1. Mengenali guru anak
Ibubapa juga perlu memastikan mereka mempunyai “attachment” dengan guru. Mereka boleh maklumkan kepada guru jika sekiranya anak mempunyai masalah kesihatan, alahan pada makanan dan sebagainya. Ia juga penting dalam “menyampai dan menerima” laporan daripada guru.

  1. Pastikan tidur yang cukup
Pastikan mereka mempunyai tidur yang secukupnya. Kekurangan jumlah jam tidur akan mempengaruhi keadaan mereka di sekolah. Pastikan mereka makan minimum 2 jam sebelum tidur. Apabila jarak waktu antara makan dan tidur yang dekat akan menyebabkan kualiti tidur menjadi berkurangan. Ini kerana otak masih lagi bekerja untuk memproses makanan. Disamping itu perlu dipastikan mereka mengambil sarapan sebelum ke sekolah kerana ia akan mempengaruhi badan dan minda serta penumpuan terhadap pembelajaran. Malah ia turut membekalkan tenaga untuk bergiat cergas sepanjang hari.

  1. Doa
Doa ibu jangan dilupa. Ia kunci segala-galanya. Doakan agar anak diberikan kelapangan hati dan fikiran dalam menuntut ilmu. Awas! Jangan sesekali menangis di hadapan anak! Mungkin ibu yang terlebih risau untuk “melepaskan” anak buat seketika. Ia hanya akan membuatkan anak menjadi “konfius”. Sebaliknya yakin untuk melepaskan anak berdikari. InsyaAllah mereka akan baik-baik sahaja apabila mendapat rakan-rakan yang baharu kelak. Berikan dorongan dengan kata-kata yang positif dan gembira buat mereka.

  1. Buatkan “Scrapbook”
Insya Allah scrapbook/photobook ini akan menjadi saat yang terindah dan sangat bernilai apabila mereka dewasa kelak.  Mungkin boleh diletakkan sebagai, “Tahun pertama saya bersekolah” atau “My first year of school”. Boleh dilekatkan gambar mereka diawal sesi persekolahan, event penting mereka di sekolah dan sehingga tamatnya sesi persekolahan mereka pada tahun tersebut.




Semoga tip ini membantu. Ayuh sama-sama kita doakan agar Allah memberikan anak-anak kita semua kelapangan hati dan fikiran dalam menimba ilmu, menjadi insan yang berguna pada ummah insya Allah. Berjaya di dunia dan akhirat. Amiin…

No comments:

Post a Comment