Anda suka
melihat dekorasi dan susun atur di IKEA?
Apakah
perasaan anda apabila melangkah masuk ke sebuah bilik hotel?
Apakah
perasaan anda apabila memasuki rumah “showroom” “showhouse” dimana-mana?
Best kan?
Rasa tenang, seronok, gembira dan rasa seperti tak mahu keluar!
Baca lagi Tips rumah kemas dan bersih di sini! Lebih banyak info yang saya kongsi :)
Sebenarnya,
rumah kita yang kita huni sekarang. Baik rumah sewa, rumah baru, rumah lama,
banglo, teres, apartment, apa sahaja boleh dijadikan umpama “showroom” itu. Guna apa yang ada. Simple sahaja. Saya akan kongsikan step mudah itu.
Saya
letakkan tajuk rumah kemas dan “Nampak” bersih. Nampak je.. tapi kalau scan,
guna sensor, mesti ada juga habuk yang entah dari mana datangnya itu.
Rumah
Sumber Ketenangan
Rumah
kemas, cantik dan bersih pastinya
menjadi harapan setiap individu. Ia adalah fitrah. Salah satu sumber
ketenangan. Sepatutnya rumah kita, apabila kita pulang dari tempat kerja, ia
akan mengembalikan ketenangan, bukannya menambahkan lagi keserabutan. Inilah antara
nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada kita.
Sebagaimana
firman Allah di dalam surah an-Nahl ayat 80,
وَاللَّهُ
جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا
|
“Dan Allah jadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal (tempat
ketenangan)”
|
Nabi SAW
juga suka apabila melihat sesebuah rumah itu luas, dan baginda menganggap
perkara itu termasuk kebahagiaan duniawi. Seperti sabdanya:
قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَرْبَعَةٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِئُ،
وَأَرْبَعَةٌ مِنَ الشَّقَاءِ : الْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْجَارُ السُّوءُ
وَالْمَسْكَنُ الضَّيِّقُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ
“Empat perkara
daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang
dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda
daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat,
isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang
buruk” . (hadith
riwayat Ibn Hibban, no.
4032(
1
syarat utama untuk rumah kemas dan
NAMPAK bersih
Ada 1
syarat utama untuk rumah kemas dan
NAMPAK bersih J. Iaitu ia perlu melibatkan semua ahli keluarga
(termasuk isteri, suami dan anak-anak). Kerjasama semua pihak.
Kalau
mereka yang mempunyai pembantu rumah pun belum tentu dapat dipastikan seperti
mana keadaan rumah yang kita harapkan. Kemas dan bersih sentiasa. Iyalah bibik
pun tak menang tangan dia dengan kerja-kerja rumah yang lain. Adakalanya
mungkin kita dapati, ada bibik juga seperti tiada. Mengambil bibik dengan
harapan, rumah sentiasa bersih dan kemas, namun sebaliknya pula yang berlaku.
Baik,
samada mempunyai bibik atau tidak, langkah ini simple sahaja, insyaAllah akan
mendatangkan kebaikan untuk semua.
Apatah lagi
bagi mereka yang kedua-dua suami isteri bekerja dan tidak mempunyai pembantu
rumah. Namun, insyaallah dengan mengikuti langkah ini, kita lebih berpuas hati.
3
Langkah untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih:
Kita memahami
situasi kita suami isteri yang bekerja, sibuk dengan urusan tersendiri. Langkah
ini juga boleh dipraktikkan bagi surirumah, WAHM dan lain-lain.
Konsepnya
mudah. Tidak perlu setiap hari menyapu / vacuum / mop lantai SETIAP HARI.
(jenuh juga, rasanya tidak cukup masa dan banyak lagi perkara yang perlu diberi
keutamaan apabila pulang ke rumah, iaitu anak-anak). RUMAH KEMAS DAN BERSIH
perlu diutamakan, namun janganlah sampai mengabaikan keutamaan yang lebih utama
yang lain. Ia boleh dilakukan juga secara tidak langsung dan tanpa perlu
meluangkan masa dengan begitu lama.
Ok, untuk
memulakan langkah tersebut, boleh mulakan dengan 1 projek besar-besaran.
LANGKAH 1:
PROJEK PEMBERSIHAN BESAR-BESARAN
Katakanlah
sekarang, anda sudah lama tidak “memproses” rumah. Ia boleh dimulakan sekarang.
Ia mungkin melibatkan susun atur perabot, barang-barang atau kotak yang
bersusun-susun di atas lantai,bilik air yang sejak sekian lama tidak dicuci,
barangan di almari yang tidak tersusun, kesan lipas, tahi cicak dan sebagainya.
Cuba susun semula, pasti akan ada ruang yang masih boleh disusun barang di
dalamnya, pasti akan ada barang yang tidak digunakan lagi.
Jadi, ambil satu hari dihujung minggu untuk
memproses rumah habis-habisan, A-Z, mungkin juga berfasa yang kita berpuas
hati. Libatkan semua ahli keluarga walaupun anak-anak kecil. insyaAllah ia
mampu memberikan mood dan semangat yang baharu. Sayang pada rumah kita.
Tadi sudah
selesai proses besar-besaran. Baik, sekarang, apa yang perlu dilakukan hanyalah
2 STEP MUDAH. Iaitu “Kemas” dan
“Maintain” .
LANGKAH 2:
IKUTI 2 STEP MUDAH
STEP 1: KEMAS
-
Libatkan semua ahli keluarga. Termasuk suami,
anak-anak. Bermain adalah hak mereka. Namun, boleh dilatih untuk mengemas
selepas bermain. Pada saya, kanak-kanak
yang dilatih seawal mungkin dengan kebersihan dan kekemasan, akan menjadi habit
insyaallah sehingga besar. Apabila besar, insyaAllah lebih mudah.
Walaupun mereka adalah kanak-kanak lelaki. Ilmu
kehidupan yang sangat simple untuk sebagai bekal dikemudian hari insyaallah. InsyaAllah
jika mereka berada di asrama mungkin. Jika sudah berkeluarga kelak, insyaallah
mudahlah juga kerja isteri mereka. Untuk mengatakan, “alah tidak apa,
budak-budak lagi”. Jika dibiarkan dan tidak dilatih dari awal, mereka akan
terbiasa dengan keadaan bersepah dan tidak berkemas. Bukankah melentur buluh
biarlah dari rebungnya?. Jika sudah besar baru hendak disuruh itu dan ini,
mungkin agak liat. Wallahu’alam.
Tip untuk melatih kanak-kanak dengan
kebersihan dan kekemasan:
1-
Untuk kanak-kanak dibawah usia 3 tahun, jangan
DISURUH kemas, tetapi DIAJAK untuk mengemas. Tunjukkan bagaimana caranya.
Mungkin boleh buat pertandingan siapa cepat kemas dahulu dia menang. Usia 4
tahun ke atas baru boleh disuruh. Dan mungkin ibu akan gembira, jika selepas
bermain, secara automatic, mereka akan kemas semula!. Kadang-kadang mereka
perlu diingatkan juga berulang kali.
2- Menceritakan bahawa betapa syaitan amat sukakan bilik dan tempat yang
kotor. Jadi, kita perlu pastikan rumah dan bilik kemas dan bersih supaya
syaitan tidak berminat.
3- Pasti kanak-kanak ini sukakan hotel, jadi boleh pancing minat mereka
untuk hiaskan, bersihkan dan kemaskan bilik umpama hotel!
Mungkin tip ini berjaya dan mungkin juga tidak untuk yang lain. Tetapi
boleh dicuba. Setakat ini, cara ini saya gunakan untuk mereka, dan
Alhamdulillah saya nampak kesannya. (Harapnya sampai bila-bilalah
hehee..insyaallah)
Si adik lelaki yang 4 tahun ini,
saya perhatikan, dia akan kemaskan katilnya terlebih dahulu sejurus bangun
daripada tidur, tanpa disuruh. Alhamdulillah. Si ibu pula janganlah terlalu perfectionist.
Mereka sudah lakukan itupun sudah cukup baik bagi melatih mereka sedari kecil.
Mungkin juga kerana kanak-kanak ini melihat cara ibubapa mereka dan meniru apa
yang mereka lakukan. Kalau kita tidak kisah, mereka juga akan membesar dalam
suasana yang tidak kisah. Wallahu’alam. Saya masih ingat pesan ibu saya suatu
ketika dahulu, “selepas bangun dari tidur, kemaskan katil terlebih dahulu,
jangan dibiarkan seperti tempat kucing beranak!”.
Si abang pula, pernah mengajukan
soalan, “kenapa perlu kemaskan katil? Kan nanti kita nak tidur lagi?”. Ha betul
juga kan. J Saya jelaskan ia adalah disiplin, Nabi dan
Allah juga sukakan kebersihan dan kekemasan. Kata nak bilik macam hotel?
STEP 2:
MAINTAIN
Untuk
maintain sepanjang minggu, hanya dari pembersihan biasa dihujung minggu sahaja.
Kuranglah sedikit penat. Cari masa hujung minggu yang kita tidak kemana-mana
untuk proses pembersihan rumah yang biasa-biasa sahaja. Mungkin hanya
melibatkan mengemas-mengemas sedikit/vacuum/menyapu/ mop lantai sahaja.
Untuk Maintain
-
Dalam tempoh seminggu itu (hari-hari bekerja),
apa yang perlu dilakukan hanyalah MAINTAIN dengan keadaan rumah yang telah
dikemas itu.
-
Jika ada ternampak rambut-rambut atau sedikit
sampah atau habuk, ambil (gunakan penyapu kecil) untuk hilangkan dikawasan itu
sahaja. Tidak perlu sehingga satu rumah di “samak”. Hehe.. Ibarat “kerana nyamuk seekor, habis kelambu
dibakar”. Jadi, rumah sedikit sebanyak akan “Nampak” bersih dalam tempoh
seminggu hari bekerja. Masalah utama habuk atau sampah didalam rumah ini kerana
rambut, jadi, botakkanlah rambut. Eh, lain pulak.. hehe..sebaiknya sediakan
sikat di dalam bilik air dan sikat rambut di bilik air. Sekurang-kurangnya ia
membantu untuk “mengurangkan” habuk dan sampah di dalam bilik atau di dalam
kawasan rumah. Jika di tandas, hanya perlu membuang rambut yang terkumpul itu
sahaja.
- Setiap anggota keluarga perlu memastikan
barangan mereka tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, beg
apabila pulang, tidak diletakkan di ruang tamu. Sebaliknya, terus disimpan
ditempat yang sepatutnya. Iron board simpan/sorokkan di dalam almari atau di celah
sudut yang tidak kelihatan, pakaian digantung ditempat yang tidak kelihatan,
baju yang sudah dipakai, tidak dilonggokan begitu sahaja sebaliknya, diletakkan
di dalam bakul.Elakkan diletakkan di dalam bilik, kerana ia akan menyebabkan
bilik berbau tidak enak , buku yang dibaca diletakkan semula ditempatnya, dan
lain-lain.
Ilusi dan 3 Kunci
Sebenarnya, kalau kita perhatikan,
“showhouse”, rumah contoh, hotel dan sebagainya, kerana kemas itulah yang
menampakkan cantik dan bersih. Tapi kalau discan lantai dan sudut-sudut yang
ada, pasti ada juga habuk yang melekat. Kuncinya, tidak ada barang yang tidak
sepatutnya berada disitu. Mudah sahaja, apabila ternampak sesuatu barang, tanyakan
pada diri, “barang ini perlu berada disini atau sepatutnya dimana ia
diletakkan?”.
Untuk rumah kemas dan “nampak”
bersih ini bukannya hanya apabila ada tetamu yang akan hadir sahaja. Alasannya kerana
malu dan segan. Pedulikan kata orang. Yang penting apa yang kita lakukan itu
bukannya untuk orang lain, sebaliknya untuk kita sekeluarga juga.
Kesimpulannya, ingat 3 perkara:
1.
Kemas
2.
Maintain
3.
Tidak ada barang yang tidak sepatutnya berada
disitu.
p/s: Gambar diatas bukan rumah saya. Salah satu "showhouse" yang kami lawati. Cuba perhatikan dalam gambar, atau majalah Impiana, bukankah nampak bersih dan kemas kerana tidak ada barang yang tidak sepatutnya di situ? :)
Walau apapun, ini hanya sekadar cadangan, jika
diri kita sesuai dengan cara ini, ok, namun jika diri tidak sesuai, lakukanlah
apa yang anda selesa J. Kita adalah kita dan tidak perlu
meletakkan diri kita di tempat orang lain, kerana situasi kita berbeza.
Semoga tip ini membantu mereka yang ingin
menjimatkan kos untuk mengupah dan perlu lakukannya sendiri J
Ringkasan dari buku Super Woman. Dapatkan lebih
banyak tip dan panduan di dalam buku Super Woman.
Cantiknyaaa rumah ��.....pandai mengemassss ...sejuk je mata tengok
ReplyDeleteCantiknya...best sgt tengok rumah org dri tgk rumah sendiri.,, :)
ReplyDeleteSalam kenal. Jemput datang BLOG SAYA
BEST NYE KALAU RUMAH SENTIASA BERKEMAS...RUMAH SAYA BERSEPAH DENGAN MAINAN ANAK YANG BERUMUR 2 TAHUN..KADANG-KADANG AJAR JUGAK DIA UNTUK SIMPAN SEMULA SELEPAS BERMAIN...TAPI PAYAHNYA NAK DISIPLIN KAN DIA...MUNGKIN SAYA KENA BERUSAHA LEBIH LAGI KOT...
ReplyDeleteSAYA CUBA UNTUK MAINTAIN KEMAS...TAPI BILA AHLI RUMAH LEN MAIN SEPAH-SEPAH JE... TRUS ILANG MOOD..HEHEH
MEMANG BEST DAN SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR KALAU SAMA-SAMA BUAT KERJA KAN...
MUNGKIN SAYA PERLU ADAKAN HARI MENGEMAS RUMAH KOT... BARU SEMUA TOLONG MENOLONG...HEHEH
Tips menarik, nak kena cuba jugak ni ��
ReplyDeleteSalam kenal, jemput datang ke SEIKHLAS MEMORI
Menarik. Boleh praktik lepas nih
ReplyDeleteJemput singgah maipilihdotcom.blogspot.com
cantik sis...jemput singgah astanamerah@blogspot.com
ReplyDeleterumad penulis ke ni? cantik dan kemas..sejuk mata memandang
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi info..
ReplyDeleteJom..singgah www.ummidihatiku.blogspot.com
Cantiknya suke tgk... Thanx for the tips
ReplyDeletewww.prettyraudhah.com
saya setuju sgt.. nak rumah bersih memang perlu kerjasama semua org dalam rumah. cuma masalah saya, kurang dpt kerjasama dr suami. part kebersihan, memang low n slow. bila minta bantuan, suami suke kata 'nanti'.. maka anak2 melihat dan bila kita mtk tlg dr anak2 pun, diorang akan kata 'nanti..' n sometime membandingkan dgn ayahnye. memang sgt mencabar kesabaran sy dibuatnye hehehe... tp saya amat berharap mampu mendidik anak2 tentang betapa pentingnya rumah yg bersih, supaya bila besar nanti diorang rajin mengemas rumah esp anak lelaki, tidak susahkan isteri nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah. .husband slalu ajak mengemas bersama2. si kakak yg 5 tahun pun dah terbiasa jika ada brg yg berada di tmpat yg xsepatutnya akn kemaskn. lepas main mesti kemas. klu x kn sapu dgn papa nya.hehe
ReplyDeletewww.ajuyarashid.com
Alhamdulillah, terima kasih semua atas respon, Salam perkenalan dari saya :)
ReplyDeletesalam perkenalan kembali dari saya :D
Deletewww.fazlina.com
Cantik! Tq for the tips!
ReplyDeleteJom terjah blog saya juga :)
Cantik nya rumah...teringin nk rumah selesa begini. Yg penting mesti ada kerjasama kan.... Balik Ne kena bergeraklah, kemas2 supaya lebih bersih Dan kemas.
ReplyDeleteMasya Allah ..tips yang sangat berguna buat saya ..TQ Tuan rumah :)
ReplyDeletewww.fazlina.com
Bagus betul tips ini, terima kasih berkpongsi pengalaman yang sangat berharga.
ReplyDeletehttp://dalilablogez.blogspot.com/
indahnya kalau boleh praktikkan utk rumah sendiri
ReplyDeleteindahnya kalau boleh praktikkan utk rumah sendiri
ReplyDeletetrimakasih infonya gan...
ReplyDeletesangat bermanfaat..
mantap..
nice info ... boleh buat operasi besar besaran ni utk nmpak kemas
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi tips nk maintain kebersihan rumah
ReplyDeleteTerima kasih... good sharing :)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera..
ReplyDeleteTerima kasih di atas tips yg amat berguna ini. Sedikit cadangan tambahan.. Mgkin klu ada proper plan n tempat khusus yang mudah access yg disediakan utk brg2 yg kerap disepah2kan dpt bantu kurgkan brg di tempat yg x sepatutnya kan... Hm.. Jom try!
Jangan bawa masuk barang yang tidak perlu. Kalo perlu juga bawa masuk barang baru, ganti kan barang tersebut dgn barang yang sedia ada di rumah.. Ini cara untuk jimat ruang
ReplyDelete