Sebelum ini saya pernah beberapa kali mencuba resipi puding roti. Tapi kurang menepati citarasa. Alhamdulillah setakat ini, resipi ini saya suka! Ada sedikit rasa ala-ala caramel juga J. Senang sahaja.
Langkah-langkah :
A. Roti Gardenia 5-6 keping (yang dipotong 4), Susun di dalam Loyang. Boleh selang selikan dengan taburan kismis @ choc chip @ jagung tin @ jem @ buah laici yang dipotong kecil . Haritu bahan yang saya guna potongan kurma, choc chip dan buah laici sahaja.Tuangkan susu segar (sehingga susu menutupi roti).
B. Blend:
6 biji telur
1 tin susu cair
¼ susu pekat
3 sudu penuh gula
¼ @ 1/3 butter
Esen vanilla
Kemudian tuangkan B dalam Loyang A tadi. Balik-balikkan perlahan-lahan.
p/s: Bila sudah tuang di dalam Loyang, campuran bahan roti tadi akan nampak seperti berenang-renang. Jangan risau, Itu sudah ok, tapi kalau rasa nak keras sikit puding roti tu, boleh tambahkan dalam 2 keping roti lagi.
Bakar 40-50 minit, suhu 160 d.c.
Siap.
Kalau rasa nak buat ala-ala chef sikit, boleh buat sos kastad. (yang ini saya hentam sahaja, tapi not bad). Susu segar, gula, esen vanilla, tepung kastad. Sukatan agak-agak sahaja. JMasak dengan api perlahan sehingga agak pekat setakat yang dikehendaki.
Untuk hiasan, tuangkan sos kastad, boleh potong buah strawberry, kiwi, letak daun pudina sehelai. Chewah..nampaklah macam master chef sikit kan.. J Tapi kalau tak ada, itu pun sudah cukup akan membuatkan puding roti licin!.
Sekian, Selamat mencuba J
Tq for d sharing resepi... kene try ni... sbb nampak sgt best...
ReplyDeleteFeel free view my blog
www.mysecretvitamin.blogspot.com.my
nk tanya....roti bakar ni kalau nak sejuk boleh letak dalam peti sejuk kan?
ReplyDeletesebab saya suka yg saya pernah makan tu puding rotinya sejuk and delicious!